Tema : Warga Emas
Kedudukan Imam Muda pada Minggu Kesembilan
1)Imam Muda Fakhrul
2)Imam Muda Nazrul
3)Imam Muda Hassan
4)Imam Muda Azlan
5)Imam Muda Amar
Pada minggu ini,imam muda menerima tugasan untuk bersama sama menyelami perasaan warga emas yang terlantar di Rumah Ehsan . Setiap imam muda menerima seorang ayah angkat yang berlainan latar belakang hidup mereka . Imam muda memberi hadiah kepada setiap warga emas yang menghuni di Rumah Ehsan.dan jelas terpancar kegembiraan di muka warga emas tersebut .
Pengakhiran Medan Imam Muda
Dua imam muda yang berjaya ke peringkat akhir ialah Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul .
Sunday, 26 June 2011
Imam Muda 2011 - Minggu Kelapan ~
Tema : Kematian
Kedudukan Imam Muda pada Minggu Kelapan
1)Imam Muda Fakhrul
2)Imam Muda Nazrul
3)Imam Muda Hassan
4)Imam Muda Azlan
5)Imam Muda Amar
6)Imam Muda Fatah
Pada minggu ini,imam muda menerima tugasan yang amat mencabar . Cabarannya ialah menguruskan jenazah yang menghidap penyakit HIV semasa hayat hidupnya . Jenazah tersebut tidak dituntut oleh ahli keluarga masing-masing . Maka,menjadi tanggungjawab imam muda untuk menguruskan jenazah tersebut dengan sempurna .
Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan :
Kumpulan A : Hassan,Fatah,Mujahid,Nazrul,Najdi
Kumpulan B : Ali,Fadli,Fakhrul,Amar,Azlan
Imam Muda Hassan diumumkan sebagai imam muda terbaik pada minggu ini .
Kedudukan Imam Muda pada Minggu Kelapan
1)Imam Muda Fakhrul
2)Imam Muda Nazrul
3)Imam Muda Hassan
4)Imam Muda Azlan
5)Imam Muda Amar
6)Imam Muda Fatah
Pada minggu ini,imam muda menerima tugasan yang amat mencabar . Cabarannya ialah menguruskan jenazah yang menghidap penyakit HIV semasa hayat hidupnya . Jenazah tersebut tidak dituntut oleh ahli keluarga masing-masing . Maka,menjadi tanggungjawab imam muda untuk menguruskan jenazah tersebut dengan sempurna .
Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan :
Kumpulan A : Hassan,Fatah,Mujahid,Nazrul,Najdi
Kumpulan B : Ali,Fadli,Fakhrul,Amar,Azlan
Imam Muda Hassan diumumkan sebagai imam muda terbaik pada minggu ini .
Saturday, 25 June 2011
Imam Muda 2011 - Minggu Ketujuh ~
Tema : Diambang Kematian
Kedudukan Imam Muda pada minggu ketujuh
1)Imam Muda Fakhrul
2)Imam Muda Azlan
3)Imam Muda Nazrul
4)Imam Muda Fatah
5)Imam Muda Hassan
6)Imam Muda Najdi
7)Imam Muda Amar
8)Imam Muda Mujahid
Pada minggu ini,kelapan lapan imam muda menerima satu lagi tugasan yang amat mencabar . Tugasan tersebut ialah imam muda akan bersama sama dengan para banduan yang bakal menghadapi hukuman mati atas pelbagai kesalahan jenayah . Imam muda menggunakan pendekatan supaya mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan .
Imam muda Nazrul bersama sama dengan seorang banduan yang telah lanjut usianya . Imam muda Nazrul menangis kesedihan apabila banduan tersebut berdoa kepada Allah S.W.T. supaya perjalanan imam muda Nazrul diberkati . Imam muda Nazrul mencium dahi banduan tersebut yang dianggap sebagai ayahnya sendiri .
Pengakhiran Medan Imam Muda
Imam muda Najdi dan Imam muda Mujahid diumumkan akan menamatkan perjalanan mereka dalam medan Imam muda . Namun,mereka masih menjalani proses pembelajaran untuk menjadi Imam muda yang unggul .
Imam Muda 2011 - Minggu Keenam ~
Tema : Kekeluargaan
Kedudukan Imam Muda pada minggu keenam
1)Imam Muda Fatah
2)Imam Muda Azlan
3)Imam Muda Fakhrul
4)Imam Muda Nazrul
5)Imam Muda Hassan
6)Imam Muda Amar
7)Imam Muda Ali
8)Imam Muda Najdi
9)Imam Muda Mujahid
10)Imam Muda Fadli
Pada minggu keenam, para imam muda diberi tugasan untuk memberi sesi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga . Setiap imam muda mendapat pasangan yang mempunyai masalah yang berlainan . Imam muda ditugaskan untuk menasihati mereka supaya pasangan tersebut dapat mengelakkan daripada berlakunya penceraian .
Friday, 24 June 2011
Imam Muda 2011 - Minggu Kelima ~
Tema bagi minggu kelima ialah Hedonisme(Hiburan Melampau) . Para imam muda ditugaskan untuk bersua muka dengan dan memberi pengetahuan tentang kesalahan Khalwat dan Zina kepada individu-individu yang telah ditangkap oleh majlis Agama Islam(JAWI) kerana kesalahan berzina .
Imam muda Hassan dan Imam muda Mujahid menghadapi detik yang sukar apabila pemuda yang telah ditangkap tersebut enggan bekerjasama dengan mereka . Malah, pemuda itu bercakap dengan kasar sekali . Maka,imam muda Hassan lebih menggunakan pendekatan mendengar daripada pemuda tersebut .
Imam muda Hassan dan Imam muda Mujahid menghadapi detik yang sukar apabila pemuda yang telah ditangkap tersebut enggan bekerjasama dengan mereka . Malah, pemuda itu bercakap dengan kasar sekali . Maka,imam muda Hassan lebih menggunakan pendekatan mendengar daripada pemuda tersebut .
Imam Muda 2011 - Minggu Keempat ~
Pada minggu ini , tema imam muda ialah Krisis Identiti . Para imam muda diberi tugasan yang agak mencabar iaitu untuk menyelami kehidupan golongan mak nyah . Pada mulanya,imam muda mencuba untuk berlakon seperti mak nyah . Kelihatan imam muda Mujahid dan imam muda Ali agak geli dengan lakonan imam muda Nazrul tersebut . Pada hari tersebut,imam muda ditugaskan untuk menemubual dan menyelami perasaan mak nyah . Imam muda Hassan telah dipilih sebagai peserta terbaik untuk minggu keempat .
Imam Muda 2011 - Minggu Ketiga ~
Imam Muda musim kedua semakin rancak dan mencabar. Minggu ni mereka diberi tugasan untuk membantu beberapa keluarga Asnaf (penerima zakat) yang mempunyai masalah kewangan dan keluarga di PRR Kg. Limau, Pantai Dalam .
Sunday, 19 June 2011
Imam Muda 2011 - Minggu Kedua ~
Pada minggu kedua ini,para peserta imam muda diuji dengan tema ZAMAN KANAK-KANAK . Mereka terkejut apabila dikehendaki mengajar pelajar ISTIMEWA . Imam muda Najdi menerima pelajar yang hiperaktif . Dan perkara yang paling mencemaskan ialah pelajar imam muda Fatah menghilangkan diri tanpa disedari . Kelihatan di muka imam muda Fatah seperti hendak menangis masa itu . Beberapa minit kemudian,imam muda Fatah berasa lega kerana berhasil mencari pelajarnya yang hilang .
Saturday, 18 June 2011
Imam Muda 2011 - Minggu Pertama ~
Imam Muda musim ke 2 tampil dengan 10 orang calon imam muda yang segak dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup tinggi . Antaranya ialah Hassan yang merupakan seorang pensyarah di IPT dan seorang lagi ialah Nazrul yang baru sahaja berumur 26 tahun tetapi beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah . Ada juga mahasiswa IPT yang menyertai program ini iaitu Najdi . Mujahid yang merupakan bekas ahli gimnastik . Azlan pula merupakan seorang jurutera yang mempunyai ilmu agama yang dalam . Antara peserta lain ialah Fatah,Amar,Ali,Fadli dan Fakhrul .
Untuk minggu pertama,mereka diuji dengan tema KELAHIRAN . Para Imam Muda dikejutkan dengan berita pembuangan bayi yang berlaku pada minggu tersebut . Maka,kesemua imam muda ini diberi tanggungjawab untuk menemubual para gadis yang telah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah di institusi penempatan yang melindungi gadis yang mengandungkan anak luar nikah . Ini bertujuan untuk menyelami perasaan mereka .
10 Imam Muda
HambaMu ~
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah
Mid Year Exam ~
Haaa...teruknya result ain kali ni ..
sangat2 kecewa dgn result ain ..
tak dak yang menaik pun kali ni ..
smua menurun ..
teruk kan ? ..
ok,,xpalah..masih ada lagi exam yang lain ..
kali ni kena lah study hard .. :)
sangat2 kecewa dgn result ain ..
tak dak yang menaik pun kali ni ..
smua menurun ..
teruk kan ? ..
ok,,xpalah..masih ada lagi exam yang lain ..
kali ni kena lah study hard .. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)