Imam Muda musim ke 2 tampil dengan 10 orang calon imam muda yang segak dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup tinggi . Antaranya ialah Hassan yang merupakan seorang pensyarah di IPT dan seorang lagi ialah Nazrul yang baru sahaja berumur 26 tahun tetapi beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah . Ada juga mahasiswa IPT yang menyertai program ini iaitu Najdi . Mujahid yang merupakan bekas ahli gimnastik . Azlan pula merupakan seorang jurutera yang mempunyai ilmu agama yang dalam . Antara peserta lain ialah Fatah,Amar,Ali,Fadli dan Fakhrul .
Untuk minggu pertama,mereka diuji dengan tema KELAHIRAN . Para Imam Muda dikejutkan dengan berita pembuangan bayi yang berlaku pada minggu tersebut . Maka,kesemua imam muda ini diberi tanggungjawab untuk menemubual para gadis yang telah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah di institusi penempatan yang melindungi gadis yang mengandungkan anak luar nikah . Ini bertujuan untuk menyelami perasaan mereka .
10 Imam Muda
No comments:
Post a Comment